Duhai lelaki,
aku diciptakan dari tulang rusukmu
pelengkap bagi kekuranganmu
bukan dari alas kaki untuk kau pijak-pijak
aku dihiasi dengan pelbagai emosi
bukan sebagai lambang kelemahan atau kebodohan yang kau sangkakan
tetapi untuk menghidupkan dunia yang kaku dan tidak berperasaan
ALLAH menciptakan daku mampu melihat
perkara2 kecil dan enteng bagimu
sedangkan engkau diciptakan mampu melihat
perkara2 besar dan bermanfaat
kerana apa?
kerana kita diciptakan untuk saling melengkapi
dan saling memerlukan
engkau dikurniakan amanah
menakhodai sebuah bahtera bernama rumah tangga
bukan untuk menakluki seluruh anggotanya
tetapi untuk memimpin pelayaran menuju ke destinasi abadi
kutahu kau bukanlah suami sehebat Muhammad (saw)
namun, janganlah engkau mendambakan daku isteri seperti Khadijah
kerana kita punya banyak kekurangan dan kelemahan
maka terimalah daku seadanya dan bimbinglah daku seperlunya
kerana itu aku sentiasa berdoa kepadaNYA:
“Ya ALLAH,
jadikanlah kekurangan dan kelemahan kami pengikat kasih sayang antara kami
bukan menjarakkan lagi hubungan antara kami
dan jadikanlah kelebihan kami suatu rahmat
tanda kasih sayangMU”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan