MuSLiM WoMaN



TIGA PULUH LARANGAN


1. Menyambung rambut palsu


2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi


3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi


4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain


5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama


6. Membuka rahsia hubungan suami isteri


7. Berpuasa sunat tanpa izin suami


8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami


9. Derhaka kepada suami


10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas


11. Mengingkari kebaikan suami


12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram


13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya


14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram


15. Menyerupai lelaki


16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami


17. Memandang aurat wanita lain


18. Keluar rumah tanpa ada keperluan


19. Masuk permandian awam


20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah


21. Meratapi kematian


22. Berhias atas meninggalnya seseorang


23. Menghantar jenazah


24. Mempercayai dukun dan peramal


25. Menyumpah anak-anak sendiri


26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim


27. Menganiaya pembantu


28. Mengganggu jiran


29. Minta cerai kerana suami sakit


30. Minta cerai kerana suami menikah lagi



SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."



EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!


PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.


KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.


Firman ALLAH SWT:-



"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."


Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintahALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita


PESANAN BUAT WANITA



Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Dan katakan kepada


perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan


sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada


memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang


nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat


perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak


tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher


(tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada


memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada


suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya,


anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak


saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya,


sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya,


laki-laki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak


mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpannya


pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi


mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak


yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan.


Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui


orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah


dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau


perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak).


Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t,


Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.


(surah An-Nur ayat 31)


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:


Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang


beriman untuk khusyuk (taat)


hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran


(suruhan dan larangan) Allah serta


(taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan


(kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti


orang-orang yang telah diberi kitab sebelum


mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui


masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati


mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah /


ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.


(surah Al-Hadid ayat 16)


Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu


tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera


menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah,


yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk


menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya


NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera


memalingkan muka menghadap dinding


supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan


iman yang ada padawanita-wanita ketika itu. Tetapi kini


segala- galanya telah berubah makin jauh kita


dari zaman Rasulullah s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama.



Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya


tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani)


di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin


kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini.


Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban


menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman


serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai.



Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita


ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau


seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah


Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak


14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup- tutup lagi?



Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma "Katakan kepada


orang-orang perempuan yang beriman" Allah s.w.t. dengan khusus


gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia"


kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang


beriman sahaja.



Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah


kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan


Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNyatetapi apa yang kita


ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah


s.w.t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya


dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi


kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan


kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.


Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN),


sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok


amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu".


Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya dengan mengikut


perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang


Allah s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.



BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI 

TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN 

PENDUDUK LANGIT. 



KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN


Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.


Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.


Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.


Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku


di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.


Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan
dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.


Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”


Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin


tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redhaAllah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.


Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s.a.w:


“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”


Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...