Khamis, 12 Julai 2012

Teringat kembali....dia yang amat kusayang & kurindu~

         Untuk pertama kalinya aku mencari-cari blog Papa Hero / Kaki Motong, dah lama tau mengenai hero sebenarnya tapi di sebabkan baru-baru ni tengok 'Takdir' kt 'Tonton'. Barulah  malam ni punya kesempatan untuk mengintai-nginti blog 'Papa Hero'. Tanpa di sedari pipiku kebasahan membaca kisah-kisah di dalam blog yang di tulis papa hero. Kisah Hero, Wira, Si comel, dan banyak lagi kisah-kisah kucing yang di ceritakan.

       Hati ini teringatkan arwah kucing kesayangan, kucing boleh letak arwah ke? Boleh jelah ye, Gemurk yang dirindui. Kucing yang sangat manja, terlalu comel. Walaupun gemurk bukanlah kucing siam atau kucing parsi  dan hanyalah kucing kampung tetapi terlalu comel dan aku terlalu menyayanginya.

       Gemurk kucing yang sangat mengenali tuannye, walaupun aku jarang balik rumah sebab zaman aku belajar aku memang duduk di asrama dari tingkatan 1 sampailah aku habis belajar dekat universiti. Bila aku balik kampung perkara pertama yang akan aku buat ialah memanggil gemurk. Mak abah memang da faham-faham dah anaknya ni kalau balik gemurk dulu yang di cari. Tidur pun mesti panggil gemurk sebab nak tidur sama-sama dengan gemurk.

       Paling tak boleh lupa bila gemurk nak beranak, aku tiba-tiba la pula jadi bidan terjun kucing. Yelah gemurk nak beranak dia nak aku duduk dengan dia usap-usap dia. Mungkin kucing pun mengalami sakit macam manusia nak bersalin. Melihat betapa mudahnya kucing beranak terfikir andai manusia bersalin mudah seperti haiwan alangkah bagusnya. Tetapi bila di fikirkan itu adalah bahagian untuk mereka (haiwan). Kita sebagai manusia ada bahagian kita sendiri.

      Saat terakhir gemurk adalah saat yang paling memilukan hatiku. Aku tak dapat langsung untuk berjumpa dengan gemurk, memeluk gemurk, mencium gemurk, terasa kehilangan sangat. Pada malam kejadian, aku memanggil gemurk seperti biasa kerana aku mahu tidur bersama gemurk. Setelah memanggil-manggil gemurk beberapa kali, gemurk tak juga muncul-muncul. Tetapi aku terdengar bunyi kereta di brek dengan begitu kuat, hati aku ketika itu berdoa janganlan gemurk di langgar kereta. Badan aku terasa seram sejuk waktu itu, rasa seperti direndam dalam air dan aku rasa menggeletar waktu itu, dalam hati terus berdoa semoga gemurk selamat walaupun malam itu mungkin gemurk tidak akan pulang ke rumah.

       Setelah beberapa hari dan sebulan telah berlalu, aku seperti memahami bahawa gemurk sebenarnya telah mati di langgar kereta dan mungkin telah tercampak kedalam parit sebab itu aku langsung tidak dapat mencari bangkai gemurk jika gemurk sudah mati.

       Sekarang walaupun sudah bertahun-tahun gemurk tiada aku tetap tak dapat melupakannya. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpikan gemurk. Aku sudah tidak berani untuk menyayangi kucing secara berlebihan. Kesannya terlalu dalam dalam jiwa aku andai aku kehilangannya lagi. Sekarang aku ada memberi makan kucing-kucing yang terbiar di parking kereta rumah aku. Untuk membawa pulang ke rumah memang tidak boleh kerana aku hanya menyewa dan aku rasa tidak mampu untuk membela mereka. Mereka ini sangat manja dan sangat mengenali aku. Walau dari jauh mereka melihat aku, mereka akan terus mengejar aku kerana mereka tahu aku pasti akan memberi mereka makan. Aku sayangkan mereka seperti anak aku sendiri.

2 ulasan:

  1. singgah sebentar baca entri kamu :)

    Blog ni comel :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq papa hero... tak sangka papa hero singgah sini~ :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...