Pernikahan
atau Perkahwinan. ……… ……
Buat
para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah
Pernikahan
atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri
yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun
tidaklah setabah Fatimah.. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang
punya cita- cita menjadi solehah….
Pernikahan
atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri
menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri
ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri
kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri
adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri
bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat
isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika
isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya
isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan
atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk
belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak
sehebat mana.
Justeru
kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu
bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun
bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma
suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh… amin..!
Untuk
isteri…. renungkanlah. ….
Pernikahan
atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami
yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah
setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau
pun segagah Musa … apalagi setampan Yusuf.
Justeru
suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan
yang soleh..
Pernikahan
atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami
menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami
adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami
bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat
suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika
suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya
suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan
ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar
meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah
mana.
Justeru
kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu
bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun
bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma
wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah… amin!
Justeru
itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri
sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami
setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari
isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu
mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan