Ahad, 22 Julai 2012

Perempuan neraka!!



Sebenarnya baru je lepas menonton drama perempuan neraka cerekarama tv3...Agak memberi kesan dalam hati aku mengenai cerita ini...Dan hati ini berdoa dan berharap semoga aku tidak menjadi seperti Intan. 

Perempuan yang mengongkong kehidupan suaminya, duit gaji suami semua dia yang pegang, 'queen qontrol' lah pendek kata...Suami pergi kerja bagi duit 5ringgit saja untuk beli minyak motor..Lepas itu boleh pula dia suruh suaminya bawa bekal, tapi cuma nasi + telur goreng + kicap saja. Intan tu boleh pula keluar dengan anak perempuan dia makan sedap-sedap lepas tu berjoli sakan dengan duit suami dia.

Sangatlah tak patut dan kejam...Lebih-lebih lagi bila di rumah dia suruh suminya tidur di luar, buat semua kerja rumah sampai suaminya sakit-sakit...Itu  pun marah-marah suami dia bila suami dia beli ubat dari klinik swasta...

Walaupun aku belum berkahwin tapi perasaan takut itu tetap ada...Semoga aku tidak tergolong dalam isteri yang sebegitu. Ya Allah lindungilah aku & keluargaku serta orang-orang yang aku sayangi dari azab api neraka. Amiinn ya rabbal'alamin~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...