Madu
lebah merupakan penawar bagi penyakit dan mempunyai banyak khasiat seperti yang
telah di sebut di dalam al-Quran yang bermaksud;
“Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya
terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian
itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang
memikirkan.” (An-Nahl: 69)
Madu
sememangnya mempunyai khasiatnya tersendiri kepada manusia. Tetapi, terdapat
beberapa jenis madu yang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding
madu-madu lebah yang lain. Antaranya adalah;
- Madu tualang – diambil dari pokok tualang hutan yang terhasil dari lebah madu di dalam hutan tebal yang mengambil nektar dari pelbagai bunga-bunga hutan (poliflora).
- Madu Sidr @ Madu Yaman (Yemen) merupakan madu daripada Negara Yemen dan dihasilkan di Pergunungan Hadramaut, Semenanjung Arab yang masih bebas daripada pencemaran. Lebah madu sidr mengambil nektar dari pokok sidr sahaja (monoflora) yang merupakan pokok yang tertua di dunia.
- Madu Ratu (Royal Jelly), juga dikenali Susu Lebah (atau kadang-kala dipanggil Madu Putih oleh penjual jalanan) kerana warnanya yang putih kekuningan menyerupai warna susu. Madu ratu adalah madu yang dimakan oleh ratu sarang lebah. Ratu sarang lebah mempunyai saiz yang lebih besar, hayat yang lebih panjang dan juga satu-satunya lebah yang boleh reproduksi.
- Madu Propolis bukanlah madu sebenar dari bunga, tetapi terhasil daripada pengambilan nektar pokok. Nektar ini dihasilkan oleh pokok untuk melindungi kulit pokok dan juga digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang mereka. Madu propolis kaya dengan antibiotik flavonoid dan pengambilannya boleh meningkatan daya tahan penyakit. Terdapat 2 jenis madu propolis – hijau dan perang. Madu propolis hijau lazimnya didapati di Brazil.
- Madu Manuka merupakan madu yang dimport daripada New Zealand. Madu Manuka terhasil oleh madu lebah yang hidup berhampiran pokok manuka (Leptospermum scoparium), di kawasan luar bandar New Zealand yang mempunyai udara yang bersih. Oleh itu, madu lebah manuka mengambil nektar dari satu jenis bunga sahaja (monoflora). Madu ini ada yang dihasilkan secara liar dan ada yang dihasilkan oleh lebah ternak. Madu ini popular di pasaran antarabangsa kerana kandungan bahan anti-bakteria yang tinggi. Bahan anti-bakteria ini dipanggil Unique Manuka Factor (UMF) dan produk madu manuka diukur mengikut kadar kandungan bahan tersebut. UMF 10 hingga 16 adalah kadar yang disarankan bagi madu manuka yang berkesan untuk kegunaan merawat penyakit.
Banyak
khasiatnya bagi sesiapa yang mengamalkan pengambilan madu lebah dan khasiat
madu lebah boleh di kategorikan kepada beberapa bahagian berdasarkan fungsi
badan manusia. Antara khasiat-khasiat madu lebah adalah:
1.
Kulit, Rambut dan Mata
·
Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan
bersinar.
·
Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
·
Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit
apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman.
·
Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan
lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu
boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.
2.
Sistem Penghadaman
·
Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan
terhadap keracunan makanan.
·
Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
3.
Sistem Pernafasan dan Kerongkong
·
Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
·
Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau
lelah.
4.
Tenaga Badan
·
Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah
ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan
tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung.
·
Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk
pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh
mengawal kandungan gula dalam darah.
·
Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau
selepas cirit-birit yang berterusan.
·
Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan
pengambilan lemak.
5.
Gizi Makanan
·
Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang
mudah dihadam.
·
Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
·
Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua
keadaan
Setiap
kali mahu membeli madu lebah, persoalan yang selalu muncul adalah adakah madu
lebah tersebut asli atau pun palsu. Berikut merupakan beberapa cara untuk
mengenali sama ada madu lebah tersebut asli ataupun palsu;
- Madu asli tidak mengeras jika dimasukkan ke dalam peti sejuk. Madu palsu akan mengeras kerana kandungan air yang terdapat di dalamnya.
- Madu asli tidak akan dihurungi semut. Madu merupakan satu-satunya makanan manis yang tidak disukai semut melainkan di dalam terdapat campuran manisan pada madu tersebut.
- Madu asli akan mengumpal di dalam air. Seperti minyak madu asli tidak akan bercampur dengan air (melainkan di kacau) tetapi akan mengumpal dan jatuh ke dasar air. Madu palsu pula akan bercampur dengan air mengikut kadar air yang terdapat di dalam madu palsu.
- Madu asli tidak putus bila ditarik. Madu asli yang ditarik tinggi hanya akan membentuk alur yang halus apabila mengalir turun dan tidak putus. Madu palsu akan putus-putus pengalirannya.
- Madu putih selalunya palsu. Madu putih atau royal jelly yang di jual oleh penjual jalanan biasanya adalah palsu. Ini kerana, royal jelly biasanya hanya diperoleh dalam kuantiti yang sangat sedikit dan jarang memenuhi satu botol. Kedua, royal jelly perlu sentiasa disejukkan kerana khasiatnya sensitif kepada suhu.
- Madu asli mempunyai sijil ketulenan. Ini mungkin bukan cara yang terbaik untuk mengenalpasti ketulenan madu, tetapi jika anda biasa membeli madu di pasar raya, pilihlah madu yang mempunyai sijil seperti Kosher, Organik, UMR® (untuk madu manuka sahaja) dan Halal.
- Madu asli akan menyebabkan kuning telur masak dengan sendirinya.
- Madu asli mempunyai komposisi gula tertentu. Untuk membezakan madu asli dan palsu adalah dengan menjalankan ujian makmal. Madu asli dan tulen mempunyai nisbah komposisi glukosa dan fruktosa antara 0.30 – 1.35 sahaja. Madu palsu sukar untuk menyamai nisbah ini.
Sumber:
http://www.khasiat-madu.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan