Ahad, 9 Oktober 2011

Kenapa Cinta Itu Buta??


1. Korang nampak dia jek…

Mesti korang pernah rasa kan??Bagi yang penah bercinta lah...tak pun bagi yang ada admire.....dah suka gila-gila....mesti dah tak nampak orang lain punyalah....Bagilah berjuta-juta orang yang lebih baik....tak ada nak di hairannya.....macam kata orang pandang sebelah mata pun tak nak walaupun orang tu berganda-ganda lah lebih baik dari dia.....sayang lah juga kat dia...setia lah juga kat dia.....kentut pun kata wangi....hahahahahaha iye ke tidak???

2. Korang dah tak tahu sakit tu macam mana….
Bumi mana yang tak ditimpa hujan.. begitu jugalah cinta..cinta mana yang tak berlinang air mata… tapi, itulah, bila dah bercinta, sakit macam mana sekalipon dah tak nampak…diteruskan juga penderitaan itu walaupun terasa sakitnya…tak kisahlah orang nak kata apa pun...redah lah juga cinta punya pasal lah ni....umpama lautan api sanggup di renangi hakikatnya kene api sikit dah menjerit bagai nak rak.....hahahahaha~

3. Korang dah tak nampak yang mana haram dan yang mana halal….
Adat kapel, mesti pegang tangan…advance sikit, peluk..advance lagi….ha, taw2 sendirilah.. kadang2 cinta juga membuatkan si pencinta buta akan haram dan halalnya..ibarat dunia ini tiada pengakhirnya…ibarat tindakan yang tiada balasannya..

4. Korang dah tak nampak jasa mak ayah…
Ada yang bercinta, sanggup derhaka kepada ibu bapa… ada yang bercinta yang sanggup tinggalkan ibu bapa… kasih sayang ibu bapa yang bertahun2 habis begitu sahaja dek kerana cinta si dia yang tak sampai berapa ketika.. tapi itulah cinta..kadang2 membuatkan kita dah tak nampak jasa mak dan ayah…

5. Korang dah tak nampak kawan2…
Bila dah bercinta nih...kadang-kadang memang dah tak nampak kawan lah....macam mana nak nampak kawan kalau dah 24jam asyik dok nak berkepit jek....semua nak ikut kata dia....tak boleh keluar dengan kawan-kawan...kita pun ok je...turut je...padahal nnti bila da gaduh dengan dia ada masalah dengan dia kawan juga yang di cari....kawan lah yang paling setia nak menemani kita bila kita dalam kesusahan....kita ni pula dok lebih-lebihkan lah pulah si dia....cinta punya hal lah ni...

6. Korang dah tak nampak apa erti pokai @ membazir…
kalau dok bercinta, kadang2 kita sendiri dah tak nampak yang kita dok membazir yang bukan2 untuk si kekasih.. untuk si kekasih kita sanggup belikan phone.. tapi untuk mak @ ayah yang penat lelah besarkan kita, ada kita belikan mereka telephone? silap2, baju sehelai pon kita tak terbeli untuk mereka…kadang2, demi kekasih, bila kita tak ada duit pon kita sanggup pinjam duit @ berhutang dengan kawan2 semata2 nak belikan hadiah birthday untuk si dia..

7. kita dah tak nampak cinta Allah yang jauh lebih manis berbanding cinta si dia…
Bila dah sayangkan dia, kadang2 kita dah tak ingat akan cinta ALLAH yang jauh lebih manis dari cinta dia.. kita dah lupa akan cinta ALLAH yang tiada akhirnya berbanding cinta si dia yang entah bila akan akhirnya…kita sanggup bergayut dengan dia berjam2 sampai dok panas telinga sedangkan dengan Allah berdoa 10minit pon tak sampai… betapa kita sayangkan dia dari Allah bila kita bercinta…kalau dia merajuk, cepat2 kita pujuk.. tapi dengan Allah, kita wat endah tak endah jer…

kesimpulannya:
memandangkan cinta itu buta, maka carilah cinta yang berhak sebagai contoh cinta kita kepada Allah…kalau kita buta dalam cinta Allah pon, sudah pasti kita tidak akan sesat kerana sentiasa dalam hidayah dan taufiq-Nya… ya Allah, janganlah Engkau lekakan aku dalam cinta manusia, tetapi hanyutkanlah aku dalam cinta suciku kepadaMu,amin…


Copy + edit sikit2 kat sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...