Innalillahi wainna ilahirojiun...buat sahabat Nur Qistina Rene yang telah kembali ke rahmatullah 3hari yang lalu 15hb April 2011 bersamaan 11 Jamadil awal 1432 hijrah...
Arwah merupakan saudara baru dan jujur saya sendiri tidak pernah berjumpa dengannya melainkan hanya mendengar cerita-cerita mengenai dirinya dari seorang sahabat baikku yang merupakan sepupu kepada arwah.
Sabda Rasulullah SAW y diriwayatkan oleh Jabir y b'maksud:
“Apabila seseorang dimasukkan nur (cahaya keimanan) maka hatinya akan menjadi lapang & terbuka. Lalu sahabat bertanya : Apakah tandanya hati yang lapang dan terbuka itu? Jawab Rasulullah SAW : Ada perhatian terhadap kehidupan yang kekal di akhirat dan timbulnya peringatan tentang tipu daya ini dan orang bersiap sedia mengahadapi mati sebelum datangnya ajal”

Sebenarnya saya sangat teringin untuk menemuinya tetapi belum sempat saya menyuarakan pada sahabat saya rupa-rupanya pagi jumaat yang lalu saya di kejutkan dengan berita pemergian arwah.
Setiap yang hidup pasti akan mati, inilah sunnatullah yang ditulis untuk kita semua, bagi yang masih hidup, kejadian-kejadian seperti ini dijadikan peringatan, kerana mati kita, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Sentiasalah bersedia menghadapi’nya’ (mati).
Arwah meninggal di sebabkan penyakit asma, menurut sahabat saya arwah telah terkena penyakit asma pada malam khamis tetapi di sebabkan arwah terlalu penat arwah tidak mengambil ubat. Kematian arwah di sahkan oleh pihak hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kerana arwah merupakan pelajar Uitm Shah Alam. Pagi tadi arwah telah selamat dikebumikan dan di uruskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) setelah selamat tiba semalam di Sarawak dengan ditemani kedua ibu bapa arwah.
Ya Allah...kau tempatkanlah sahabatku di antara golongan orang yang beriman....Amin ya rabbal 'alamin~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan