Ada 4 jenis kerisauan wanita.
Risau pada sepi dan kesepian.
Iaitu risau keseorangan . Risau tidak berteman dan tidak punya pasangan hidup.Risau hidup bersendirian.
Sepi itu indah? Bila ia dilafazkan, anda boleh fahami makna terbalik dari ungkapan ini. Ia tidak indah tapi keadaan menjadikan dirinya kesepian dan dia malas untuk memikirkan perkara yang boleh menyebabkan hatinya terluka kembali. Maka dia cuba untuk menikmati kesepian itu.
Cubalah!, Hilangkanlah kesepian itu dengan alunan pengabdian. Lihatlah Nabi Yunus ketika berada kesepian di dalam perut ikan Nun. Ia merintih pada tuhannya dengan lafaz :
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Pasti segala kerisauan hati hilang sedikit demi sedikit. Lebih-lebih lagi ketika waktu uzur. Bacalah selepas maghrib 500 kali samada dengan lidah atau dibaca dalam hati.Akan terbit rasa indah dan terhibur.Atau perdengarkan kalam Allah dengan lidah kita. Biar Allah pula hiburkan hati yang lara.
Risau pada paras rupa yang tidak cantik dan kurang menarik.
Setiap orang ada jodohnya. Mungkin jodohnya di dunia ini atau sudah termaktub bahawa jodohnya di akhirat kelak. Ini adalah kerana jodoh wanita yang tidak kesampaian di dunia yang fana ini akan diperisterikan oleh Ahli Syurga nanti.Dunia yang sementara ini tempohnya hanya beberapa kelipan mata dibandingkan dengan lamanya hidup di akhirat yang tiada nokhtah.
Keindahan seseorang pada zahirnya bergantung pada paras rupa. Tapi disebalik paras rupa itu ada manisnya dan daya penarik. Ada manusia yang zahirkan daya penarik ini dengan ilmu sesat dan dampingan syaitan. Ini tidak kekal dan akan menjadi sumpahan pada masa hadapannya kelak.
Bagi yang mengekalkan wuduk dan rajin qiamullail ada cahaya indah dipancarkan dari wajahnya. Apatah lagi yang mengekalkan kalimah tauhid di mulutnya. Hafiz Ibnu Qayyim ra.a seorang ulama hadis yang terkenal telah mencatat 100 hadis tentang kelebihan Ucapan لا إله إلا الله antaranya ialah Nabi pernah bersabda :
"Zikir adalah cahaya hati dan wajah"
Risau pada pergantungan hidupnya.
Takut hidupnya dipersiakan. Takut tidak dihiraukan. Takut dirinya digandingkan dengan madu. Takut ditukar kasih sayangnya. Sebab itu ramai wanita berkerjaya. Demi menjamin masa depannya. Takut sesuatu yang seringkali berlaku dalam rumahtangga.
Lelaki memang pantang ada peluang. Pantang punya kemampuan. Pantas dan nekad membuat keputusan tanpa memikir jauh. Jadi kaum hawa memerlukan pergantungan diri sendiri. Wang dikumpul. Mahu juga kereta sendiri. Mahu pula rumah atas namanya.Banyak sungguh persediaan.
Khaulah binti Hakim datang berjumpa dengan Nabi mengadu nasibnya yang dibuang oleh suami setelah melahirkan anak-anak yang ramai dan mengabdikan diri untuk suami. Namun setelah berusia ia talak oleh suaminya dengan lafaz zihar. Maka bukan sahaja Nabi yang mendengar luahan wanita itu tapi Allah lebih pantas menurunkan ayat untuk menyambut aduan hambannya itu.
Oleh itu jangan lupa berselawat bila ada kerisauan ini. Rajin-rajinkan lidah untuk berselawat.Bayangkan Nabi berada di hadapan kita ketika berselawat. Dan Sambil itu adukan saja permasalahan kita.
Risau tidak punya zuriat.
Tak kawin satu masalah. Bila dah kawin risau pula tidak ada zuriat. Zuriat adalah benteng utuh untuk mempertahankan rumahtangga. Bila tiada zuriat maka macam-macam kerisauan yang lain mula timbul. Cubalah lafazkan doa Nabi Zakaria yang telah tua tapi masih tidak punya zuriat iaitu :
رَبِّ لاَ َتذَرْنِي فـَرْداً وَأَنْتَ خَيْرُ الوَاِر ِثِيْن
Anbiya : 89
Jadikan ia ucapan doa pada setiap kali sujud dalam apa jua solat yang dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan