Sabtu, 26 Mac 2011

Dia Menyayangi Mu


Dia Menyayangi Mu

  1. Si dia sanggup membatalkan segala temujanji bersama teman-temannya semata-mata mahu menemani anda
  2. Si dia membawa anda berjumpa dengan doktor jika anda kurang sihat.
  3. Si dia bersetuju anda menyelesaikan masalah yang dihadapi walaupun ianya tiada berkaitan dengan dirinya.
  4. Si dia bijak mengambil hati kedua-dua orang tua anda.
  5. Si dia sering menunjukkan lagu bertemakan cinta kepada anda.
  6. Si dia bersetuju untuk menemani anda menonton wayang walaupun filem tersebut sudah ditontonnya.

Dia TIDAK Lagi Menyayangi Mu

  1. Si dia lebih banyak menghabiskan masa lapangnya bersama teman-temannya.
  2. Si dia tetap memandang ke arah gadis/jejaka lain walaupun ketika itu anda berada di sampingnya.
  3. Si dia hanya berkata ‘saya sayang awak’ jika ingin meminta sesuatu dari anda.
  4. Si dia sering memanggil anda ‘sayang’ kerana sebenarnya si dia sering lupa akan nama anda.
  5. Perkara yang paling romantis yang pernah dilakukan si dia hanya mengucapkan ‘jaga diri baik-baik’.
  6. Si dia mempunyai banyak alasan jika anda bertanyakan padanya mengapa sudah lama tidak menghubungi anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...