Sabtu, 19 Februari 2011

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA


Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yangboleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat

ii. Ayatul Kursi

iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin

iv. Ayat Berkubu

v. Ayat Penggerak


1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN

Al-Muawwizat iaitu;

1. Surah Al-Ikhlas

2. Surah Al-Falaq

3. Surah An-Naas

CARA

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat

2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa

3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)

4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas

5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan

yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2.0 AYATUL KURSI

BACAAN

Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia YangHidup kekal lagi terus menerus

mengurus (makhluk-Nya), tidakmengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan dibumi.

Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan

mereka dan di belakangmereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa

yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit danbumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara

keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf

2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekelilingmengikut pergerakan

tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.

3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah(mengikut

pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalamatau diluar rumah.


3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN

Terjemahan:

(1) Yaa Siin.

(2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah,

(3) sesungguhnyakamu salah seorang dari rasul-rasul,

(4) (yang berada) di atas jalan yanglurus,

(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagiMaha Penyayang,

(6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah

diberi peringatan, karena itu merekalalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah)terhadap kebanyakan

mereka, karena mereka tidak beriman.

(8)Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tanganmereka (diangkat)

ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.

(9) DanKami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula),

dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA

1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda

2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan)sambil menghadap

penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9.

Sambil baca, sambil berjalanmenuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca

kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula.Jumlahnya 4 kali.

Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratmendinding keseluruhan bumbung rumah.


4.0 AYAT BERKUBU

BACAAN

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubudengan kubu Tiada

Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabiMuhamad RasululLah.

CARA

1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiupsehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat inikemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan kekiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehinggahabis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas

5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dantahan nafas

seberapa lama yang boleh kemudian hembus.


5.0 AYAT PENGERAK

BACAAN

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi jugadilangit dan Dia maha mendengar lagi maha

mengetahui.

CARA

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau

balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaanyang berisiko atau pulang kerumah

daripada melakukan sesuatu perkerjaanyang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.

2. Jika bacaan tersekat- sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini,berehat dahulu.

Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancarbaru teruskan perjalanan atau

perkerjaan tersebut.



Sumber: http://www.darussyifa.org/pertahanandiri2.php

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...