Ahad, 3 Oktober 2010

Luahan hatiku~

Sekian lama aku pendamkan segala rasa ini......
Aku takkan menerima kamu lagi.....
aku sebel dengan sikapmu....
Mengapa sukar sangat kamu mahu memahami aku....
Tidak fahamkah kamu yang aku tidak mungkin menerima kamu di dalam hidupku lagi???
Aku pelik dengan sikapmu yang mengatakan aku terlalu emosi....
Kamu katakan lagi bahawa aku terlalu ego.....
Tidak sedarkah kamu sewaktu aku merendahkan egoku....
Aku menurut segala kemahuanmu....
Aku layankan sikap baranmu.....
Aku biarkan kamu berbuat sesuka hatimu....
Kamu membiarkan aku.....
Kamu tidak mahu memikirkan aku....
Kamu merasakan bahawa aku milikmu dan aku tidak akan berpaling dari kamu....
Tetapi tidak sedarkah kamu bila sikapmu sedemikian....
Hati aku meronta-ronta kerana aku cuba memahami kamu.....
Ternyata aku tidak mampu bertahan dengan sikapmu.....
Tidak sedarkah kamu rasa cinta itu perlu di bajai supaya ia sentiasa subur dan mekar....
Tetapi kamu hanya membiarkan aku membajainya seorang diri....
Sedangkan kamu??
Setelah aku meninggalkanmu....baru kamu sedar dan kamu mahu meminta maaf.....
Tetapi maafmu hanya seketika.....
Ternyata kamu tetap mementingkan diri kamu......
Mungkin kamu merasakan egoku keterlaluan....
Tetapi aku jadi begini kerana kamu juga....
Aku takkan membiarkan kamu memijak-mijak aku sesuka hati kamu......
Pergilah kamu jauh dariku.....
Aku memang sudah mampu menerima kamu lagi....~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...