Siasat latar belakang kawan lelaki
Jangan mula berkawan!
Beri peluang kepada lelaki bujang
Ambil pengajaran dari kisah wanita yang bercinta dengan suami orang
Bayangkan anda berada di tempat seorang isteri
Ambil dari sini


1. Korang nampak dia jek…
Mesti korang pernah rasa kan??Bagi yang penah bercinta lah...tak pun bagi yang ada admire.....dah suka gila-gila....mesti dah tak nampak orang lain punyalah....Bagilah berjuta-juta orang yang lebih baik....tak ada nak di hairannya.....macam kata orang pandang sebelah mata pun tak nak walaupun orang tu berganda-ganda lah lebih baik dari dia.....sayang lah juga kat dia...setia lah juga kat dia.....kentut pun kata wangi....hahahahahaha iye ke tidak???
2. Korang dah tak tahu sakit tu macam mana….
Bumi mana yang tak ditimpa hujan.. begitu jugalah cinta..cinta mana yang tak berlinang air mata… tapi, itulah, bila dah bercinta, sakit macam mana sekalipon dah tak nampak…diteruskan juga penderitaan itu walaupun terasa sakitnya…tak kisahlah orang nak kata apa pun...redah lah juga cinta punya pasal lah ni....umpama lautan api sanggup di renangi hakikatnya kene api sikit dah menjerit bagai nak rak.....hahahahaha~
3. Korang dah tak nampak yang mana haram dan yang mana halal….
Adat kapel, mesti pegang tangan…advance sikit, peluk..advance lagi….ha, taw2 sendirilah.. kadang2 cinta juga membuatkan si pencinta buta akan haram dan halalnya..ibarat dunia ini tiada pengakhirnya…ibarat tindakan yang tiada balasannya..
4. Korang dah tak nampak jasa mak ayah…
Ada yang bercinta, sanggup derhaka kepada ibu bapa… ada yang bercinta yang sanggup tinggalkan ibu bapa… kasih sayang ibu bapa yang bertahun2 habis begitu sahaja dek kerana cinta si dia yang tak sampai berapa ketika.. tapi itulah cinta..kadang2 membuatkan kita dah tak nampak jasa mak dan ayah…
5. Korang dah tak nampak kawan2…
Bila dah bercinta nih...kadang-kadang memang dah tak nampak kawan lah....macam mana nak nampak kawan kalau dah 24jam asyik dok nak berkepit jek....semua nak ikut kata dia....tak boleh keluar dengan kawan-kawan...kita pun ok je...turut je...padahal nnti bila da gaduh dengan dia ada masalah dengan dia kawan juga yang di cari....kawan lah yang paling setia nak menemani kita bila kita dalam kesusahan....kita ni pula dok lebih-lebihkan lah pulah si dia....cinta punya hal lah ni...
6. Korang dah tak nampak apa erti pokai @ membazir…
kalau dok bercinta, kadang2 kita sendiri dah tak nampak yang kita dok membazir yang bukan2 untuk si kekasih.. untuk si kekasih kita sanggup belikan phone.. tapi untuk mak @ ayah yang penat lelah besarkan kita, ada kita belikan mereka telephone? silap2, baju sehelai pon kita tak terbeli untuk mereka…kadang2, demi kekasih, bila kita tak ada duit pon kita sanggup pinjam duit @ berhutang dengan kawan2 semata2 nak belikan hadiah birthday untuk si dia..
7. kita dah tak nampak cinta Allah yang jauh lebih manis berbanding cinta si dia…
Bila dah sayangkan dia, kadang2 kita dah tak ingat akan cinta ALLAH yang jauh lebih manis dari cinta dia.. kita dah lupa akan cinta ALLAH yang tiada akhirnya berbanding cinta si dia yang entah bila akan akhirnya…kita sanggup bergayut dengan dia berjam2 sampai dok panas telinga sedangkan dengan Allah berdoa 10minit pon tak sampai… betapa kita sayangkan dia dari Allah bila kita bercinta…kalau dia merajuk, cepat2 kita pujuk.. tapi dengan Allah, kita wat endah tak endah jer…
kesimpulannya:
memandangkan cinta itu buta, maka carilah cinta yang berhak sebagai contoh cinta kita kepada Allah…kalau kita buta dalam cinta Allah pon, sudah pasti kita tidak akan sesat kerana sentiasa dalam hidayah dan taufiq-Nya… ya Allah, janganlah Engkau lekakan aku dalam cinta manusia, tetapi hanyutkanlah aku dalam cinta suciku kepadaMu,amin…


Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Dilakukan
Rancang Terlebih Dahulu
Yup! Inilah yang paling penting. Anda perlu merancang terlebih dahulu masa dan aktiviti yang ingin dilakukan apabila keluar dating nanti. Selain daripada itu, anda juga perlu lihat samada budget anda mencukupi atau tidak. Jika tidak, cuba buang mana-mana aktiviti yang tidak penting agar poket anda tidak tinggal habuk apabila balik ke rumah nanti.
Pakaian Jangan Over
Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, stylo mylo, funky, geek dan sebagainya? Bagi saya, tidak perlu itu semua. Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas-ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh. Anda perlu ingat, tujuan kita keluar adalah untuk pergi dating dan bukannya pergi ke event atau function yang mewah-mewah.
Teman Dia Ke Mana Saja
Tidak sah kalau keluar dating tanpa Si Dia tidak singgah masuk ke kedai baju, kedai kasut dan sebagainya. Kalau dia nak singgah tu, ikut sajalah ke mana dia nak pergi. Kalau anda tak larat nak temankan dia, duduk sajalah di mana-mana kerusi yang ada dalam kedai itu. Saya selalu gunakan tips ni semasa di kedai kasut. Tetapi pastikan juga anda melihat ke mana dia pergi. Mana la tau kot-kot dia akan memanggil anda untuk berikan pendapat tentang baju ke, kasut ke, atau barang-barang yang dia nak beli. Walaupun boleh dikatakan 90% daripadanya memang dia tidak akan beli tetapi, at least dia berasa gembira apabila anda dapat teman dan melayan permintaan dia dengan sebaiknya.
Berikan Pendapat Jika Ditanya
Dan lagi satu, apabila ditanya untuk berikan pendapat, cuba berikan pendapat anda dengan seikhlas yang mungkin. Saya kadang-kala ada juga mengada-ngada menterbalikkan pendapat saya. Saja nak bergurau-gurau la katakan. Apabila baju tu lawa, saya cakap tak lawa. Bila kasut tu tak sesuai, saya cakap sesuai. Gedik kan? Tetapi memang saya suka buat macam tu. Dan lepas tu kena pandai-pandailah pujuk balik bila dah nampak mulut dia semacam je muncungnya.
Jangan Jadi Bisu
Semasa sedang berjalan-jalan tu, jangan biarkan suasana menjadi bisu. Cuba bangkitkan beberapa topik perbualan supaya Si Dia tidak berasa bosan apabila keluar dating dengan anda. Sebagai contoh yang mudah, cuba berikan pendapat anda tentang filem yang ditonton. Cuba gunakan apa-apa perkara yang menarik dalam filem tersebut ke dalam topik perbualan anda. Dengan itu, sedikit sebanyak dating anda tidaklah bosan dan sunyi sahaja. Tetapi perlu diingatkan, berhati-hati ketika memilih topik perbualan. Jika anda salah pilih topik, payah juga untuk menceriakan semula keadaan.
Buat Si Dia Ketawa
Part ini adalah part yang saya rasa sukar bagi sesetengah orang. Bagi kepada mereka yang ringan mulut, saya rasa mereka tidak akan mengalami masalah. Cara ini adalah bagus kerana bukan sahaja Si Dia akan berasa gembira malah ianya akan memberikan Si Dia kekuatan kerana andalah penyeri hidupnya apabila Si Dia berasa kesunyian atau pun keseorangan.
Aktiviti Ketika Keluar Dating
Menonton Wayang
Tadi ada disebut pasal aktiviti. Dan ini merupakan salah satu aktiviti yang wajib apabila saya dan Mrs Teddy keluar dating. Setiap kali dating, saya akan beli dua tiket wayang untuk dua cerita filem yang berbeza. Bagi sesetengah orang, mereka akan berkata, “Kenapa la korang buang masa tengok wayang? Bosan la weh tengok wayang tu…”. Well, bagi pendapat saya, dengan menonton wayang ini lah kita akan mempunyai masa yang panjang untuk bersama-sama dengan teman istimewa kita. Disamping itu, kita juga dapat berkongsi pendapat dan bercerita tentang cerita yang ditonton. Jadi, tidaklah berasa bosan sepanjang kita keluar dating nanti.
Makan Bersama
Ha, ini lagi satu perkara yang wajib dan mesti dan sesungguhnya aktiviti yang patut anda rancangkan ketika keluar dating. Tidak kisahlah samada pergi sarapan ke, makan tengahari ke, makan malam ke, tetapi aktiviti makan bersama ini perlu ada dalam perancangan aktiviti dating anda. Macam saya dan Mrs Teddy, setiap kali keluar je, mesti kami akan makan tengahari bersama-sama, minum petang bersama-sama dan akhir sekali, makan malam bersama-sama. Banyak betul kan kami makan? Hahaha… Memang banyak berbelanja kalau keluar dating ni. Itu sebabnya saya katakan di awal-awal tadi bahawa perancangan adalah penting.
Bermain Bowling
Kalau ada duit lebih, saya dan Mrs Teddy akan bermain bowling. Walaupun saya tidaklah sehebat mana, tetapi boleh la nak kalahkan Mrs Teddy tu. Kacang je kalau nak kalahkan Mrs Teddy. Hehehe… Tetapi, saya pernah juga kalah dengan Mrs Teddy. Itu pun saya saja je bagi dia peluang menang. Kalau tak, mahu nya dia merayu-rayu minta handicap. Mana boleh…!!! (Padahal memang saya kalah pun sebenarnya…)
Ambil Gambar Kenangan
Walaupun ianya tidak penting, tetapi kalau boleh ambillah gambar sebagai kenang-kenangan apabila keluar dating nanti. Bukannya apa, bagi saya setiap hari yang kita luangkan dan setiap masa yang kita berikan adalah berbeza dari dating-dating yang kita pernah dan akan lalui. Mungkin apabila kita melihat semula gambar-gambar tersebut, kita akan teringat kembali peristiwa lucu dan kelakar semasa mengambil gambar itu. Tidakkah ianya akan mengembalikan nostalgia pada diri anda suatu hari nanti?
Hurm…jadi, itulah dia sedikit sebanyak tips dating yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua. Seperti yang saya katakan di awal-awal entri ini, sesetengah tips ini sesuai digunakan oleh anda sekalian. Tetapi terdapat juga sesetengah tips tidak beberapa sesuai digunakan pada keadaan-keadaan tertentu. Jadi, terpulanglah pada anda untuk lakukan apa yang patut.
Wahai kaum Adam..
Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
Untuk Hawa pula..
Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…

1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…
4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
12. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
18. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
Bercakap pasal jujur,bagi aku kejujuran adalah antara perkara yang paling penting dalam sesebuah perhubungan…yela kan..tak kan korang nak hidup dengan pasangan anda yang hipokrit??..agak malang kalau kita mendapat pasangan yang macam ni..mintak di jauhkan..hehehe
Tapi kebiasaanya,siapa yang tak jujur?…mesti yang lelaki cakap..”ramai gila awek2 kat luar sana yang tak jujur..aku dah 40 kali dipermainkan“..contoh je…kesian gila kalau 40 kali dipermainkan ye dak?..
Dan bila tanya kat perempuan..mesti teresak-esak nak jawab..”sobs..sobs…tunang saya ,dia janji nak kahwin dengan saya..tapi bila dah femes,dia putuskan pertunangan..kesian saya..ni dah kali ke 4 saya tak jadi bertunang..huhu“..sungguh tragis bukan?..
Sebab tu kita dalam perhubungan kena lah berwaspada,kita kenal dulu macam mana ciri-ciri pasangan kita tu..jujurkah dia…ikhlas ke dia dengan kita..yang perempuan tak boleh lah terus cakap,’alah..semua lelaki sama je,tak jujur..tak ikhlas“..tak boleh lah macam tu..kesian lah lelaki jujur macam aku ni…
“Kerana nila setitik rosak susu sebelanga“…sama jugak untuk lelaki..tak boleh lah kita set minda kita yang perempuan tak jujur sebab pengalaman pahit kita..bukak buku baru,tapi belajar dari buku lama..got it?..so kat sini aku nak ajak korang yang wanita baca ciri-ciri lelaki jujur dalam perhubungan korang..yang lelaki boleh buat checklist…tengok mana yang kurang..
Cara untuk mengenali sikap lelaki betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih mereka :
1-Detik diawal perkenalan masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri,Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja.hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya
Kesimpulanya : kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerena ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri anda..jangan mudah terpedaya ok?
2-Mengenai nama sebenar anda,pada perkenalan awalan anda bersama si dia,anda hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh anda,cukup seminggu anda cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh anda,kalau dia boleh jawab,kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan anda,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri lah,mesti ada berderet lagi nama dia nak kena ingat..hehehe
Kesimpulannya : Selalu Lelaki yang ada niat buruk terhadap diri anda,dia tidak mengendahkan apakah nama penuh anda,yang dia tahu mengenai nafsunya terhadap diri anda,jika anda tanya mengenai perkara ini tentunya dia akan tergagap-gagap untuk menjawab..