Halaman

Sabtu, 4 Ogos 2012

Andai ini ramadhan terakhirku~

Andai ini ramadhanku yang terakhir....
Maafkanlah segala kesalahanku....
Kekhilafanku....
Dosa-dosaku yang menggunung....

Mak abah....
Maafkanlah ira....
Selalu menyusahkan mak abah....
Selalu buat mak abah runsing....
Ira cuba buat yang terbaik untuk menggembirakan mak abah....

Tunangku....
Diri ini penuh dengan kelemahan....
Terlalu banyak kerenah....
Maafkan diri ini...
Kucuba yang terbaik untukmu selagi hayat ini masih ada....
 
Teman-teman....
Aku sedari diri ini bukanlah insan sempurna...
Aku punya kelemahan...
Aku tidak mampu menggembirakan semua orang...
Aku tidak mampu membuat setiap orang tersenyum...
Aku tidak mampu menunaikan setiap permintaan kalian....
Maafkan aku....

Sahabat...
Andai inilah yang terakhir....
Maafkanlah kekhilafanku....
Lidahku yang tidak terjaga....
Mengguris hati yang tanpa kusedari....
Perbuatanku yang kadang-kadang melampaui batas...
Tidak kalian senangi....
Maafkanlah aku....

Kalian...
Jangan pernah melupakan aku....
Maafkanlah dosa-dosaku buat yang terakhir kalinya...

 


Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku
Kerana…
Aku mengingati mu
Kerana…
Aku men’cintaimu…
Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur
Kerana…
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati
Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan
Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati…
Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
Kerana…
Aku merindui mu
Hmmm…Kerana aku sentiasa menyintaimu……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan