Halaman

Ahad, 15 Julai 2012

Menanti detik itu~


Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk aku bergelar isteri kepada insan yang telah bertakhta di hati ini FAIRUL IZHAM BIN MOHD NAZRI. InsyaAllah kita akan di satukan dengan ikatan pernikahan. Semoga segala dugaan dapat di lalui dengan sabar dan bijak. Amiinn.


                Buat insan yang bergelar tunangku kini, terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana menerimaku seadanya, menerima segala kelemahan dan kekhilafanku. Aku yang hanya biasa-biasa, tidak secantik bidadari, tidak seayu gadis melayu terakhir, tidak pandai memasak (habislah u), tidak pandai mengemas, tingkah laku pun kasar, gelak tawa pun kadang lepas (kena tegur dah...uhuk3). Thank you again.


                Hati ini sebenarnya tertanya-tanya, mampu kah aku untuk menjadi isteri solehah. Isteri yang sentiasa mentaati suaminya, isteri yang pandai mengurus rumahtangga, dan sebagai penyejuk hatinya di kala kesusahan. Untuk waktu-waktu yang tersisa kini, semoga kita sama-sama melengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga dalam mencari redha Illahi.


                Rasulullah SAW bersabda: ” ‘Mahukah kamu, aku beritahukan dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki?’ Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya”.(Riwayat Ibnu Majah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan