Halaman

Ahad, 25 Disember 2011

Cara-cara mengatasi tekanan darah rendah (Hipotensi)

Apa itu tekanan darah rendah???
Sebelum kita mengetahui cara-cara mengatasi tekanan darah rendah. Kita mestilah mengetahui apa itu tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan di mana tekanan darah yang lebih rendah dari tekana yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi seperti cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, mual, pernafasan cepat dan pendek, dan cepat haus. Ini kerana tekanan darah bagi setiap orang adalah berbeza dan ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah. Terdapat beberapa sebab tekanan darah rendah iaitu kekurangan volum darah, dehidrasi seperti muntah-muntah dan cirit-birit, masalah jantung dan tekanan otot yang lemah. Ok jom kita tengok cara-cara untuk mengatasi tekanan darah pula.
1. Air Masak


Apa kata korang banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari. Bagus untuk awet muda juga kan??
2. Kopi

Kafein ni orang kata tak begitu bagus untuk kesihatan tapi sekali-sekala minum kopi untuk tingkatkan degupan jantung supaya tekanan darah meningkat pun ok juga.
3. Garam

Kandungan garam dlm makan kene cukup ok??
4. Bayam

Harus perbanyakkan makan sayur terutamanya sayur bayam kerana bayam bagus untuk mengatasi tekanan darah rendah. Tetapi timun haruslah di jauhi kerana timun akan menyebabkan gejala pening kepala kepada penghidap.
5. Sate Kambing
Masyarakat sering menganggap bahawa daging kambing mampu meningkatkan tekanan darah hakikatnya daging kambing dapat meningkatkan kandungan haemoglobin (Hb) dalam darah. . Di fahami bahawa Haemoglobin (Hb) rendah adalah bererti bahawa kandungan Hb sebagai pengikat oksigen dalam darah memiliki kadar yang rendah dan mengakibatkan pengidap menjadi pucat (anemia), pening kepala serta cepat lelah. Selain itu mentega juga keju juga bagus bagi penghidap tekanan darah rendah.
6. Kacang Hijau

Kacang hijau juga sangat bagus untuk menaikkan tekanan darah. Lebih-lebih lagi jika pengambilannya dilakukan setiap hari. Tekanan darah boleh menjadi normal dalam beberapa hari sahaja.
7. Coklat



Coklat sering dikaitkan dengan kegemukan tetapi tahukah korang coklat mampu meredakan ‘stress’. Selain itu coklat juga dikatakan bagus untuk meningkatkan tekanan darah. Jadi makanlah coklat banyak-banyak ya?
8. Olahraga


Berolahraga secara teratur juga dapat membantu bagi mengurangkan gejala-gejala tekanan darah rendah. Sekurang-kurangnya berjalan selama 30minit setiap pagi atau pun sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

22 ulasan:

  1. assalamualaikum adakah aidilprincess mengalami tekanan darah rendah macam saya?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam....yap sy pun mengalami masalah tekanan darah rendah...tp masih dalam terkawal~ :)

      Padam
  2. suami sy dikatakan tiap2 hri pening kepala..adakah pnykit darah rendah dia kritikal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy sarankan puan mmbawa suami puan brjumpa doktor utk mndapatkn rawatan dan mngenal pasti masalah suami puan..

      Padam
  3. salam, adakah spirulina dapat mengatasi tekanan darah rendah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam wbt....maaf sy tidak arif mengenai spirulina tetapi en/pn/cik bolehlah merujuk kepada artikal ini : http://dxnsehatceria.blogspot.com/2010/04/spirulina-menyembuhkan-penyakit-kronik.html
      harap dapat membantu~ :)

      Padam
  4. Ramai yg mengalami masalah tekanan darah tetapi selepas mengamalkn madu fuyooo honey extreme semua nya tiada lagi https://www.facebook.com/pages/Fuyooo-Sihat-Dalam-15minit/447133111974194

    BalasPadam
  5. tips yg bagus..kawan sy darah rndh n pg td bru pitam..tengss sharing ^^

    BalasPadam
  6. Admin.credit to this post. Masalah tekanan rendah saya sgt kronik sampai pengsan beberapa kali dirumah & opis. Tp setelah dkaji, semua bpunca dr intake yg xteratur. Wlau sesibuk mana kn jaga jadual makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah....bila tau punca insyaAllah masalah akan dpt d atasi~ :)

      Padam
  7. Terima kasih utk entri ini... saya mengalami tekanan darah rendah tapi tidak serius... kerap sakit kepala... Skang ni sy dh mula minum air msk/mineral sbnyk 3liter sehari... sakit kepala dh kurang... Excercise juga amat penting!

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2...alhamdulillah....kita berusaha....Allah yang menentukan... :)

      Padam
  8. Minta maaf. Sekadar untuk perkongsian ilmu. sebenar nya makan hati sama ada hati ayam lembu atau hati lain sekali pun adalah tidak baik untuk low blood pressure ni.Tq

    BalasPadam
  9. Assalam,saya mengalami tekanan darah rendah.selalunye ble check BP sekitar 89 atas / 58 bawah.dan saya sering mengalami skt kepala yg teramat sgt.adakah keadaab seperti ini membuatkan saya utk hamil semula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam...antara sebab mengapa sukar untuk hamil adalah tekanan darah rendah..jadi puan di sarankan utk naikkan darah dgn perbanyakkan minum air masak dan jaga pemakanan puan..wallahua'alam...kita berusaha tapi segalanya Allah yang tentukan....perbanyakkan doa semoga Allah perkenankan doa puan untuk hamil semula...

      Padam
  10. *sukar utk hamil semula

    BalasPadam
  11. Keluhan minum kopi seperti jantung berdebar, pusing, mual, kembung, buang air kecil tercium aroma kopi. Tips ini dapat membantu Anda menghindari keluhan tersebut : 1.Aroma kopi jangan menusuk tajam ke hidung. 2.Bagi perokok dapat merasakan, bila rokok dihisap asapnya menjadi lembut. 3.Bila kopi diminum badan terasa rileks / enteng. Contoh: bila mencium aroma bunga asli wanginya tidak menusuk tajam ke hidung (bersifat alami)

    BalasPadam
  12. Saya tgh pitam ni ditambah dgn muntah2 saya xboleh makan langsung..
    Apa perlu saya buat...plissss

    BalasPadam
  13. Sy prgnt..tp teknan drh rendah.mcm mana nk bg normal ye?risau la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bykkn mkn sayur hijau....jambu batu...amalkn makan kurma ye...insyaAllah boleh normal kembali...

      Padam