Halaman

Rabu, 24 Ogos 2011

Nasihat Untuk Orang Yang Putus Cinta

by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda, supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan anda, supaya anda sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda, supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri anda.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sempurna, supaya anda sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah dan penyayang, kerana mengingatkan anda bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak rungutan itu dan ini, supaya anda menjadi seorang manusia yang hebat jiwanya.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak penyayang, supaya anda lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah s.w.t.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Percayalah, sesungguhnya ALLAH s.w.t. akan mendengar segala permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu, selagi mana anda taat padaNya.

2 ulasan: