Halaman

Rabu, 18 Mei 2011

50 FAKTA TENTANG LELAKI

FAKTA MENARIK TENTANG LELAKI YANG PERLU DIKETAHUI OLEH WANITA

Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik,

yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona.

(Untuk itu, dia selalu meminta anda berdandan.

Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin kamu kelihatan mempersonakan dimatanya).

2. Lelaki sangat benci apabila dikhianati.

(Walaupun mereka ego, gagah, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika ini si dia menyukai kamu,

beberapa waktu kemudian, dia lupa dan malah seronok pula bersama rakan-rakannya.

(Hal ini adalah wajar, tetapi bukan bermakna kamu tidak pernah ada di dalam hatinya).

4. Jika lelaki mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,”

itu maknanya pemikiran dia dan kamu berbeza.

(Bukan bermakna tidak boleh bersatu,

tetapi mencuba untuk saling memahami antara satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalankan aktiviti bersama rakan-rakannya.

Tetapi percayalah, ketika dia bersedia hendak tidur, kamu selalu ada di dalam fikirannya.

(Dan percayalah, mereka suka tersenyum sendiri ketika membayangkan tentang diri kamu pada hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan ?”

adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon.

(Mereka memang bukan makhluk yang pandai bersopan santun,

tetapi mereka sungguh ingin tahu semua perkara tentang diri anda).

7. Jika seorang lelaki serius mencintai kamu,

dia akan menerima kamu apa adanya.

Tidak peduli kamu gemuk, hitam atau berjerawat.

(Mereka mungkin akan memberi nasihat pada kamu untuk diet ketika kamu merasa gemuk,

tetapi mereka tulus mencintai kamu).

8. Lelaki sangat suka ketika melihat senyuman kamu.

(Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah kamu,

tersenyumlah dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian kamu.

(Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya,

walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya kepada kamu).

10. Lelaki tidak suka jika kamu bercerita tentang bekas kekasih kamu.

(Walau kadang-kadang dia suka bercerita tentang bekas kekasihnya kepada kamu, tetapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih kamu).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua kamu,

jangan ragu-ragu dan malu.

Dia benar-benar serius dengan kamu!.

12. Lelaki ingin selalu berkongsi semua perkara dengan kamu,

namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik.

(Untuk itu, jangan memaksa dirinya bercerita jika memang dia belum bersedia untuk bercerita kepada kamu).

13. Lelaki juga mudah menangis dan tersentuh.

(ketika mereka kecewa atau sedang bersedih, mereka juga boleh menangis seperti kamu.

Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuatkan lelaki marah,

kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple,

mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berangan-angan.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya,

sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya.

(Inilah yang membuatkan mereka gagal menghubungi kamu setelah berpisah, dan kemudian mereka akhirnya akan menyerah kerana kamu memberikan respon yang negatif).

17. Ketika kamu membuatkan seorang lelaki jatuh cinta,

bermakna hal itu adalah sesuatu yang sukar dilupakan sepanjang hidup mereka.

(Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibandingkan dengan wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah”

kerana hal ini akan membuatkan dia tertanya-tanya dan bahkan mungkin akan mencurigai kamu.

(Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan boleh tidur,

jika dengan perlahan kamu mengusap belakangnya.

Dan membelai lembut kepalanya.

(Percayalah, jika kamu melakukan ini pada pasangan hidup kamu,

maka ia akan terus menerus merindukan kamu).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji / merayu kamu.

(Ini bermakna mereka memang menyayangi kamu dan itulah sebabnya mengapa mereka memuji kamu supaya hal itu akan mmbuatkan kamu senang bersamanya.)

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat serius berfikir ketika kamu menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, ertinya mereka tidak mahu melakukannya.

(Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai.

Tetapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika kamu berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki adalah “akan aku cuba lagi”

(Masih ingatkan ketika mereka meminta kamu untuk menjadi kekasihnya, maknanya kegagalannya itu bukanlah kegagalan yang akan membuatkan mereka berputus asa,

hal ini akan membuatkannya terus berusaha, dan jika mereka tidak memiliki kamu ianya akan berhenti ketika rasa bosan telah menguasai mereka).

23. Kamu tidak akan pernah boleh membuatkan lelaki memahami dalam sekali bual saja.

Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami kamu.

(Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah difahami).

24. Lelaki benci gay!

(Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya.

Dan terkadang mereka takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebahagian duitnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk kamu.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,

(tetapi bukan bermakna mereka menyukai wanita itu).

28. Kamu tidak akan pernah boleh memahami lelaki,

kecuali kamu menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri kamu.

29. Jika seorang lelaki dengan bersungguh-sungguh mengatakan,

kamu adalah satu-satunya orang yang dicintainya,

percayalah, perkataannya itu tulus dari dalam hatinya.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,

ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki.

(Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata kamu.

Mereka juga tidak suka melihat kamu bersedih).

32. Tidak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka.

Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki tidak puas pada anda,

tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah hakim yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh,

tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan, bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat,

sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya,

kamu cukup mendengarkannya saja.

Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai kamu, lihat lebih jauh ke dalam matanya.

(Mata adalah jendela hati, dan ia tidak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan kamu dari lelaki lain.

(Salah satunya dengan menolak ajakan berjalan-jalan ke shopping mall.

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang sopan,

jika dibandingkan dengan wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang berlagak pandai,

mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.

Hasilnya, kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya.

Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh.

Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu terlalu sukar untuk diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia.

Mereka hampir-hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berfikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi.

(Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki,

tetapi mereka cukup peduli tentang berat badan.

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya,

maka mereka akan menjadi makhluk yang terlebih aktif.

(Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar anda,

serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone anda)

49. Jika kamu tahu bagaimana menawan lelaki kamu,

mereka tidak akan mampu berjauhan dari kamu.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

4 ulasan:

  1. Blog awak sgt2 m'haruhkan .. memang bagus sgt .. Cinta :- Aku dan nafasku Merindukan Mu ... Aku hilang arah tanpa hadir Mu Didalam Hidupku ...

    BalasPadam
  2. thanks 4 ur comment...sape ni ye??

    BalasPadam