Halaman

Selasa, 5 April 2011

Lelaki soleh pun cemburu kerana ia lumrah cinta


Kisah 1 – Rasulullah SAW mencemburui Mariah al-Qibtiyya


Ðiriwayatkan oleh Abdullah bin Lahi’ah daripada Yazid bin Abi Habib daripada Abdul Rahman bin Syamasah al-Mahri daripada Abdullah bin Umar, ketika Mariah al-Qibtiyyah mengandungkan anak Rasulullah, Ibrahim, seorang kerabat lelakinya dari Mesir kerap datang menziarahinya.

Suatu hari, Rasulullah SAW menemui Mariah dan melihat kerabatnya ada bersamanya. Rasulullah brasa cemburu. Baginda keluar dengan rona wajah yang berubah. Ði perjalanan, Baginda bertemu dengan Umar. Umar perasan ada sesuatu yang Rasulullah pendamkan. Umar lantas bertanya keadaan Baginda. Rasulullah menceritakan kecemburuannya terhadap kerabat Mariah.

Umar lalu menghunus pedang lalu mencari lelaki itu. Lelaki itu segera menyingkap keadaan zakarnya yang sudah dipotong. Umar tidak jadi membunuhnya. Ðia menemui Rasulullah. Rasulullah berkata, “Jibrail tekah datang kepadaku dan membebaskan Mariah dan saudaranya daripada tuduhan yang terlintas pada diriku.” (Hadis riwayat al-Bazzar)


Kisah 2 – Umar cemburukan isterinya ke masjid


Umar bin al-Khatta tidak kurang besar cemburunya. Pernah isterinya keluar untuk solat jemaah di masjid. Ðaripada riak wajahnya, isterinya tahu Umar tidak suka dan sedang cemburu. Lalu isterinya berkata, “Jika kanda melarang, dinda takkan pergi.” Umar diam sahaja kerana teringat pesan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Janganlah kalian melarang para wanita pergi ke masjid.” (Hadis riwayat al-Bukhari, Ahmad dan Abu Ðaud)


Kisah 3 – Ibn Umar cemburu mendengar bicara isterinya dengan lelaki kerabatnya


Hammad bin Zaid daripada Ayyub daripada Ibn Abi Mulaikah menyebut bahawa Ibn Umar mendengar isterinya berbicara dengan seorang lelaki dari balik tembok. Antara mereka masih ada hubungan kekeluargaan, namun Ibn Umar tidak mengetahuinya. Lalu dia mengumbulkan pelepah kurma dan memukul isterinya sehingga si isteri berteriak kesakitan.


Kisah 4 – Cemburu Mu‘az bin Jabal waktu makan epal


Al-Khairathi menyebut daripada Mu‘az bin Jabal bahawa dia makan epal bersama isterinya. Lalu masuklah hambanya menemuinya. Kemudian si isteri memberikan epal yang telah dimakan sebahagian kepada hamba itu. Mu‘az rasa cemburu, hingga dia bertindak memukul isterinya.


Bila tiada cemburu...

Kenapa ada suami yang rasa malu jika dikatakan dia seorang yang cemburu? Malah cuba menyorokkan rasa cemburunya. Sebaliknya rasa bangga kerana dikatakan seorang yang sporting disebabkan tak nampak bersifat cemburu. Seolah-olah salah kalau suami cemburu.

Memang cemburu suami itu salah jika ia dilayan oleh emosi melulu. Cemburu yang menimbulkan rasa marah dan buruk sangka tak menentu. Hingga membawa kepada tindakan dan keputusan ikut nafsu. Ada juga kes yang kita dengar dan baca tentang cemburu suami yang begini. Moga dijauhkan Allah dari cemburu yang ekstrim ini. Tapi kalau cemburu itu memang kerana sayang isteri, mahukan kebaikan untuk isteri dan semata-mata didorong oleh sifat ambil berat terhadap isteri, maka cemburu itu perlu. Suami ada hak dan patut cemburu.

Kenapa harus rasa bersalah jika ada perasaan cemburu? Ia sifat semula jadi yang ada pada setiap suami yang normal. Cemburu macam juga marah, ada waktunya perlu diserlah. Marah tak salah. Sebaliknya kalau tak marah pada tempat yang patut marah, itu satu kesalahan. Itu juga tanda kita lemah. Begitu juga tak cemburu pada tempat yang patut cemburu, ia juga satu kelemahan.


Kenapa suami perlu ada sifat cemburu? Ini adalah disebabkan :


1. Suami pemimpin dan pelindung isteri

Sebagai pemimpin dan pelindung, tentulah suami ada rasa kepunyaan terhadap isteri. Ini normal. Rasa kepunyaan itu menyebabkan timbul cemburu bila tindak-tanduk atau gerak-geri isteri menggambarkan seolah-olah isteri bukan kepunyaan suami atau bukan lagi di bawah pimpinan dan perlindungan suami.

Cemburu dan rasa tercabar kadang-kadang berbaur. Suami mahu isteri selamat di bawah bidang kuasanya, suka rujuk dan dengar pandangan suami, selalu minta izin dan utamakan suami dalam banyak hal.

Maka suami ada hak untuk cemburu jika isteri: keluar rumah tanpa izin, bertindak di luar pengetahuan suami, buat keputusan penting untuk keluarga atau anak-anak tak rujuk suami, berbaik-baik dengan orang yang suami tak suka dan seumpamanya.


2. Suami teman paling rapat isteri

Teman rapat tentulah diharap dapat menjadi pendamping setia pada setiap masa dan ketika. Seorang yang sentiasa terbuka dan tidak suka berahsia. Oleh itu wajarlah suami rasa cemburu jika isteri: selalu berwajah suram depan suami tapi ceria depan orang lain, suka berahsia dengan suami, tak berterus-terang dan lebih suka habiskan masa dengan orang lain terutama orang lelaki lain berbanding dengan suami.


3. Suami adalah kekasih isteri

Dengan kekasih sepatutnya ada jalinan kemesraan. Diikat oleh perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Lalu kalau isteri lebih mesra dengan orang lain daripada suami, lebih nampak sayangnya kepada orang lain, lebih mudah mengukir senyum depan orang lain, lebih nampak manja dengan orang lain daripada dengan suami, wajarlah suami rasa cemburu.

Kekasih mana yang tak rasa cemburu melihat pasangan kekasihnya menduakan, menigakan atau membanyakkan agihan kasih dan kemesraan yang sepatutnya diberikan kepada satu-satunya kekasih yang ada. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."(Surah ar-Rum, ayat 21)

Jadi, baik suami sebagai pemimpin, pelindung, teman rapat atau kekasih, memang wajar dan berasas perlu adanya sifat cemburu terhadap isteri. Cemburu yang berasas bukanlah cemburu yang melulu dan ikut nafsu. Cemburu ini adalah atas dasar 'menjaga tepi kain' ahli keluarga sendiri.

Kalau tidak ada langsung cemburu, ia bukan satu sifat yang normal. Sedangkan haiwan pun ada sifat cemburu terhadap pasangannya, kecuali haiwan seperti babi yang memang tabiat dan perangainya hina lagi jijik. (Mungkin sebab itu dikatakan, orang yang selalu makan daging babi akan lemah perasaan cemburunya terhadap hal-hal yang terlarang, dan hilang rasa malu, seperti disebut oleh tokoh ulama Dr. Yusuf al-Qaradawi. Wallahu a'lam)


Suami kalau benar sayang isteri, mahu memimpin dan melindungi isteri, mahu menjadi teman setia dan kekasih isteri bukan saja di dunia tapi juga di akhirat, maka wajar rasa cemburu jika isteri melakukan perkara-perkara yang terlarang. Isteri tak tutup aurat, keluar rumah tanpa izin, mengenakan wangian semerbak untuk tarik perhatian lelaki, pulang ke rumah ikut sesuka hati, bergaul mesra dengan lelaki lain tanpa batas… ini patut dilihat dengan pandangan cemburu. Dan rasa cemburu ini wajar diperlihatkan melalui cara dan kata-kata yang baik, jangan hanya disimpan, disorok dan didiamkan. Kena berterus-terang dan dalam masa yang sama menjaga wibawa sebagai suami.

Cemburu suami ini bukan saja kerana naluri semulajadinya merangsang timbulnya rasa cemburu, tapi juga kerana tak mahu isteri mendapat murka Allah dan kerana suami sendiri ada tanggungjawab memimpin isteri ke jalan yang diredhai.

Ini hak suami yang mahu isteri sama-sama selamat dalam kehidupan dunia dan akhirat serta mahu bertanggungjawab di depan Allah atas orang yang dipimpinnya (isteri), sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka..." (Surah at-Tahrim ayat 6)

Allah bekalkan sifat cemburu, juga sifat penyayang dan ambil berat, supaya suami dapat memainkan peranan ini dengan berkesan. Tak cemburu atas perkara-perkara yang patut cemburu dan tak cuba betulkan keadaan adalah sikap culas pada tanggungjawab. Takut-takut jadi lebih ekstrim iaitu sampai ke tahap dayus. Dayus adalah sifat lemah yang dimurkai yang tidak wajar ada pada seorang suami.

Tiga golongan yang tidak masuk syurga selama-lamanya iaitu lelaki dayus, perempuan yang menyerupai lelaki dan penggemar arak.(Hadis riwayat at-Tabrani)


Cemburu yang WAJIB


Cemburu seorang suami dan ayah adalah WAJIB bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi, berkata Ubadah bin Somit r.a. yang bermaksud, "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi." (Hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Di sini Allah dan Rasul-Nya menegaskan para suami dan ayah perlu mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.


Bila lelaki perlu cemburu


Secara mudahnya, lelaki perlu CEMBURU untuk mengelakkan diri dari digelar DAYUS dan perlu menegah daripada berlaku kemungkaran seperti gejala berikut:

* Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

* Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

* Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

* Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

* Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya

* Membiarkan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

* Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

* Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.

* Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang munasabah oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

* Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

* Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

* Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

* Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Rrasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" (Hadis riwayat Ahmad, Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Jaga tepi kain anak isteri


Dalam meniti kehidupan yang semakin moden, kita dapati terlalu banyak kisah isteri curang yang sangat berkait rapat dengan sifat suami yang tidak menunjukkan langsung sifat cemburu mereka. Amat wajarlah seorang suami meningkatkan rasa cemburu dalam hal-hal yang dia patut cemburu. Jangan tak cemburu jika isteri terang-terang buat perkara-perkara yang melanggar perintah Allah. Kena cemburu dan berusaha untuk tegur dan betulkan keadaan dengan cara yang sebaik-baiknya.

Kalau sudah punya anak dan bergelar bapa, sifat cemburu juga perlu ada terhadap anak. Jaga selalu tepi kain anak supaya terpimpin hidupnya. Biar ada rasa cemburu jika anak menunjukkan tanda-tanda mahu lepas bebas dari kawalan kita tanpa boleh ditegur, kalau sembahyangnya culas, kalau bergaul bebas, kalau fardu ainnya tak

lepas.


Tuhan kita pun cemburu jika kita buat sesuatu yang Dia larang, kenapa kita sebagai ketua keluarga tidak harus cemburu terhadap ahli-ahli keluarga kita?


"Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan kecemburuan Allah itu manakala seorang hamba melakukan apa yang diharamkan Allah terhadapnya." (Hadis Muttafaq 'Alaihi)


Renung-renungkan....


Sumber: http://laman-seri.blogspot.com/2011/03/lelaki-soleh-pun-cemburu-kerana-ia.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan