Halaman

Selasa, 29 Mac 2011

Tanda-Tanda Penyakit Misteri

by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir

  • Malas melakukan rutin dan amalan harian seperti berkerja, belajar, solat, zikir, tilawah Quran dan sebagainya
  • Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat Al Quran yang selalu dibaca dalam,doa yang dihafaz dan was-was.
  • Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti harian termasuk seks.
  • Mimpi buruk seperti mimpi ngeri, jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
  • Kerap bermimpi haiwan seperti tikus,anjing hitam,kucing hitam,ular,kala jengking atau binatang berbisa.
  • Berdebar-debar terutama menjelang malam.
  • Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, cemas, terasa ditindih hingga sukar bernafas dan bersuara.
  • Sering mengantuk tidak mengira masa.
  • Hilang selera makan dan berat badan.
  • Suka menyendiri, kerap termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.
  • Kerap migrain, pening kepala, selesema yang berpanjangan, gastrik atau sakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan doktor.
  • Letih luar biasa.
  • Daya tumpuan merosot.
  • Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor.
  • Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna dan terasa ingin mati.
  • Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis atau lengan.
  • Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara tiba-tiba.
  • Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.
  • Terasa sesuatu bergerak-gerak dalam badan atau perut.
  • Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu yang pelik.
  • Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.
  • Terasa seperti diperhatikan atau diintai.
  • Badan merasa tidak selesa seperti takut atau seram sejuk semasa dalam rumah.
  • Melihat haiwan berbisa seperti lipan, kala jengking atau ular di dalam rumah.
  • Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai dalam rumah. Kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.
  • Haiwan peliharaan seperti arnab, kucing dan ikan mati dengan kadar cepat atau akan sakit selalu.
  • Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.

Dapatkan petua-petua terkini di www.epetua.com

Isikan alamat emel anda dan langganan adalah PERCUMA, dan ia tetap PERCUMA.

Mesej dari: Farit Ismeth Emir - Blog Administrator

Tiada ulasan:

Catat Ulasan