Halaman

Khamis, 24 Mac 2011

Petua Untuk Menerokai Hati Perempuan


by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir

Bukannya mudah untuk meneroka isi hati seorang perempuan. Sebab hati seorang perempuan boleh berubah tanpa sebarang isyarat. Kadangkala dapat dikesan melalui sikap mahu pun nada suara namun boleh juga berlaku secara tiba-tiba. Jom kita cuba terokai isi hati seorang perempuan.

1. AMAT SENSITIF

Perempuan amat sensitif. Muda terasa. Namun sikap mereka yang suka berdiam diri banyak membantu mereka menyembunyikan sikap sebenar mereka. Jangan sesekali cuba bandingkan dirinya dengan mana-mana perempuan. Jika tidak, anda mungkin akan berdepan dengan krisis kelaparan kerana dia tidak akan memasak untuk satu minggu kerana hatinya sungguh terguris dengan anda.

2. BOSAN

Perempuan juga cepat bosan. Kebosanan kepada keadaan, suasana dan berkaitan dengan sikap. Sebab bosanlah juga, perempuan selalu banyak bercakap. Bukan membebel, tetapi untuk menghilangkan kebosanan itu.

3. EMPATI

Naluri seorang perempuan yang lembut selalu dikaitkan dengan rasa empati. Namun ada ketikanya perempuan boleh juga bertindak kejam dan tiada empati. Sebab itu jika lelaki perlukan rasa empati dari seorang perempuan kenalah bersikap berterus-terang.

4. JELITA

Seorang perempuan paling suka dipuji, apa lagi dia dikatakan JELITA. Walaupun kadang-kadang anda rasa jelita itu sangat besar maknannya, cubalah ringan-ringankan mulut untuk memujinya. Yang penting, dengan keikhlasan anda, anda akan mendapat layanan yang amat memuaskan.

5. FIRASAT

Kerana dia melahirkan, firasat perempuan selalunya betul. Bukan kerana dilahirkan cenderung untuk menjadi tukang tilik @ bomoh. Perempuan selalunya dianugerahkan firasat yang hanya perempuan saja yang tahu. Tidak guna untuk menyusun ayat berbunga-bunga untuk memenangi hatinya kerana selalunya Perempuan ada 6th sense. Jika anda yang terbaik buatnya, dia akan tahu. Jika tidak, anda akan termasuk dalam statistik tilikannya.

6. DARA

Dara itu TABOO tapi jangan sesekali mempersoalkannya. Pada perempuan DARA perkara penting. Jika anda benar-benar ikhlas menyayanginya, jangan sesekali cuba untuk meminta yang ini sebelum tiba waktunya.

7. MENYIMPAN FOTO BEKAS KEKASIH

Kebanyakkan perempuan tidak akan menyimpan foto bekas kekasihnya, kerana pada mereka bila hubungan dah putus dan berakhir maka tamat lah segala-galanya. Mereka akan menyimpan foto serta apa juga hadiah pemberian bekas kekasih mereka dalam satu bekas dan tindakan akhir mereka akan samaada pulangkan atau simpan ke dalam stor.

8. UNGKIT

Bagi perempuan, pantang tujuh keturunannya sekiranya lelaki mengungkit kembali segala pemberian mahupun pengorbanan yang pernah diberikan. Bagi perempuan, sekiranya lelaki itu ikhlas, setiap sen yang dibelanjakan tidak seharusnya dipersoalkan. Tapi anda perlu bersedia, sekiranya anda terlupa untuk menghantar jambangan bunga di hari lahirnya, pasti cerita itu akan diungkit hingga tujuh keturunan.

9. PERTAMA

Perempuan harus menjadi yang pertama dalam segala-galanya. Isteri Pertama yang pasti. Tidak ada yang kedua.

10. WANG

Perempuan dengan wang tidak dapat dipisahkan. Bukan kerana perempuan itu boros. Perempuan lebih berhati-hati berbelanja. Mereka lebih bijak mengatur masa depan. Kalau tidak masa kan kata-kata ini menjadi trend ucapan setiap perempuan itu " Your money is my money, my money is my money, ".

11. QUEEN CONTROL

Kalau ditanya kat perempuan, sebab apa mereka suka control suami mereka. Alasannya, Saya buat ini semua pun untuk kebaikkan semua, saya nak jaga kebajikan suami saya. Kalau tak jadi Queen Control, alamat suami akan leka dan tersasar dari menunaikan tanggungjawabnya. Ada baik juga queen control ne dapat kawal suami, yang boros, miang sikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan