Halaman

Sabtu, 26 Mac 2011

Kenapa Orang Lelaki Kadang-Kadang Dingin Dalam Cinta?

Lelaki mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya. Jika kemesraan semakin jauh dalam sebuah hubungan percintaan atau perkahwinan, ia sebenarnya satu isyarat kepada anda. Sekiranya, si dia tidak lagi menghubungi anda seperti dahulu, menolak pelawaan makan malam bersama atau tidak mahu lagi berpegangan tangan, isyarat dingin itu perlu anda susuli dengan tindakan. Jika sikapnya masih berterusan, anda harus mencari inisiatif dan berusaha mengembalikan semula kemesraan. Jika si dia masih bersikap tidak ambil peduli terhadap anda dan sentiasa ingin berjauhan saat anda memerlukannya, lakukanlah sesuatu.

Namun, jika si dia tidak menghubungi anda dalam masa sehari dua, jangan cepat berprasangka buruk terutama menuduhnya sedang menjalin hubungan dengan wanita lain. Ingat, lelaki mempunyai keinginan cinta yang berbeza dengan wanita, apatah lagi pada saat wanita itu memerlukan cintanya. Walaupun mereka terus bersikap sedemikian, tidak bermakna mereka tidak menyintai dan enggan bermesra dengan pasangan.

Terdapat 5 kemungkinan si dia bersikap sebegitu terhadap anda:

1. Tidak Yakin dengan Cinta - Si dia tidak yakin apakah perasaannya terhadap hubungan yang sedang dijalin. Namun, ia bukanlah faktor utama. Jadi, anda tidak perlu mendesak atau menuduh pasangan tidak serius dengan hubungan yang sedang dijalin.

2. Takut dengan Cemuhan - Dia khuatir dengan apa yang difikirkan orang lain. Saat anda berpegang tangan dengannya, reaksi teman-teman anda dan orang di sekeliling adalah berbeza. Rakan-rakan wanita biasanya akan memberi pandangan yang berbeza, sedangkan rakan-rakan lelaki umumnya akan mencemuh atau menganggap anda berdua sengaja menunjuk-nunjuk. Hal inilah yang mengganggu si dia sehingga menyebabkan dia memilih tidak mahu menunjukkan kemesraan di depan umum.

3. Pengaruh Zaman Kanak-Kanak - Si dia datang dari keluarga yang tidak menunjukkan rasa sayang. Sewaktu kecil, ibu bapanya tidak banyak menyatakan rasa sayang dalam bentuk ucapan mahupun belaian pada kepala, pipi, atau menerusi pelukan. Apabila anda ingin membuktikannya, cuba lihat bagaimana situasinya saat si dia bertemu saudara perempuan atau ibunya. Anda perlu mengubah kebiasaan ini, tetapi harus melakukan perubahan itu secara perlahan-lahan.

4. Akibat Desakan - Adakah anda terlalu mendesaknya untuk menunjukkan reaksi sayang terhadap anda? Misalnya dengan pertanyaan seperti, ’sayang I tak’? atau tanpa segan, anda memegang tangannya saat memasuki pusat beli-belah atau ketika menghadiri resepsi perkahwinan rakan-rakan atau saudara-mara. Mungkin kemesraan yang perlu ditunjukkan itu bergantung pada tempat dan situasi. Jadi, lebih baik anda bersemuka dan bincangkan bersama. Jangan mendesak sekiranya dia bertegas tidak suka kerana ini akan mengeruhkan hubungan atau dia melakukannya dengan terpaksa.

5. Tidak Suka di Kongkong - Kemungkinan dia tergolong dalam individu yang cepat rimas atau tidak suka dikongkong. Takut pada ruang yang sempit atau berdekatan atau merasa dirinya seperti perlu membuat pelbagai perkara demi anda. Dia rimas sekiranya orang lain berada terlalu dekat dengannya, termasuk kekasihnya. Lelaki sebegini sentiasa memerlukan ruang yang lebih luas untuk dia berkomunikasi lebih lancar dengan kekasihnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan