Halaman

Khamis, 3 Mac 2011

5 JARI


Pernahkah kita perhatikan jari kita, bila kelima-lima jari itu dirapat dan diluruskan akan terlihat pelbagai bentuk dan ketinggian jari tersebut. Cuba renungkan dengan mendalam.

Apakah pengertian yang tersirat? Sebenarnya jika direnungkan ia melambangkan kewajipan solat lima waktu. Pernahkah anda terfikir seperti itu? Memikul tanggungjawab sebagai khalifah dibumi ini, solat lima waktu tidak patut ditinggalkan, jika ditinggalkan maka pincanglah kehidupan. Andai satu waktu solat ditinggalkan ibarat satu jari tiada. Bagaimana jika satu jari tiada?

Mari kita renungkan disebalik kelima-lima jari ini. Bermula dengan jari kelingking dan akhir dengan jari ibu.


Jari Kelingking

Jari yang kecil dan kerdil membayangkan kehidupan setiap insan yang bermula dari kecil, membesar dan terus membesar sehingga ke tua. Itulah fitrah manusia, bermula dari "zero"atau sekecilnya sehingga sebesar-besarnya. Jari ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Masa inilah kanak-kanak perlu dididik dengan sempurna jika tidak ia akan membawa kesan yang besar dimasa hadapan.


Jari Manis

Alam remaja yang penuh manis dan fantasi ini melambangkan jari manis semua orang..setiap kita akan melalui alam remaja, waktu ini pelbagai dugaan dan cabaran pelu dihadapi dengan iman dan takwa segalanya pasti dapat diatasi. Frasa ini juga kita sudah dipertanggungjawabk an segala amalan dihadapan ''Rabbul Jalil" kelak.


Jari Hantu

Seterusnya naik ke jari yang paling tinggi iaitu jari hantu. Di waktu ini alam remaja mula ditinggalkan, alam dewasa mengambil tempat. Usia 20-an ditinggalkan muncul pula usia 30-an. Di peringkat ini kebiasaannya setiap orang sudah mula mempunyai kehidupan yang lebih stabil dengan kerjaya yang teguh, ekonomi yang mantap, mempunyai personaliti yang tersendiri dan keluarga yang bahagia.

Namun diperingkat ini kita perlu berhati-hati kerana diwaktu ini juga banyak "pengacau", "pendengki" dan sebagainya. Gagal mengawalnya akan membawa kesan yang buruk kepada peningkatan diri. Ilmu dan amal perlu dipertingkatkan.


Jari Telunjuk

Jari ini pula mengungkap keEsaan Allah s.w.t didalam solat. Ketika semua jari digenggam kecuali jari ni dikeluarkan, ini sekaligus menunjukkan betapa gagahnya jari ini sebagai penunjuk arahan menjadi contoh dan tauladan. Di peringkat ini, seharusnya manusia tampil sebagai role model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.


Jari Ibu

Dikenali juga sebagai ibu jari. Bila dilihat ibu jari, ia kelihatan pendek dan besar menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsirkan pelbagai perkara. Disebabkan itu juga biasanya kita cap jari kita diperlukan untuk urusan yang formal selain tandatangan.

Jari ni juga mengingatkan kita bahawa, orang yang muda perlu merujuk setiap perkara kepada orang yang tua dan berpengalaman. Dengari nasihat mereka dan timbang tarakan pendapat mereka, jika ia benar dan selaras dengan asas keimanan, patuhilah mereka. Mendengari nasihat mereka akan membuatkan kita berasa bangga dan berkata "good"atau "yes" sambil jari semua jari digenggam dan ibu jari ditegakkan.


Akhirnya jari ini juga mengingatkan kita akan semakin hampirnya kita bertemu pencipta kita, Allah. Putaran kehidupan yang perlu dilalui oleh semua orang.

Marilah kita renung-renungkan kembali kelima-lima jari kita sedalam-dalamnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan