Tips untuk mencari pasangan dan cinta sejati.
Ada beberapa tips hendak dikongsi untuk korang yang sedang ingin bercinta atau mencari pasangan. Tak kisahlah nak percaya atau tidak,nak ikut atau tidak, tapi ini cuma sekadar nasihat dan beberapa perkara yang perlu diambil serius.
Kadangkala kita mempunyai “vision & mission” yang dasyat sampai ada yang lupa nak berpijak di bumi nyata. Baguslah tapi biarlah ”realistic”.
Antara tips tersebuat adalah:
1. Clarify & Declare
Pertamanya jelaskan kedudukan posisi “girlfriend & boyfriend” korang. Samada ”SERIUS” nak ke jinjang atau hanya hendak ke ranjang. Kalau tak serius cut-off jer & jangan buang masa. Kalau kedua-kedua dah clarify & declare nak serius, plan future dari sekarang.
2. Bincang Bajet Besama
Kedua-dua mesti bentangkan kedudukan kewangan masing-masing seperti gaji kasar, baki gaji bersih, hutang kereta, hutang motor, hutang PTPTN, bagi mak ayah di kampung dan lain-lain & berapa sahaja balance yang ada. Ini lebih jelas untuk sama-sama merancang kewangan di masa hadapan. Baru tahu berapa extra ada, berapa lagi tak cukup, rumah bagaimana korang nak duduk, kenderaan apa yang nak dipakai dan sebagainnya. Pentingni tau…
3. Rancang Tarikh Pertunangan & Perkahwinan
Mulakan membuat Time-frame. Bekerja mengikut Date-line yang korang tetapkan samada 6 bulan atau setahun. (2 tahun lama sangat bro, air masuk kepala nanti hehe…) Sediakan gaya hidup yang benar-benar korang impikan. Persediaan agama, zahir, bathin, ekonomi & lifestyle. Lepas itu terus buat working plan.
4. Bersuai Kenal Dengan Keluarga
Lebih sopan sekiranya korang dikenali oleh keluarga masing-masing. Ini boleh mengelakkan fitnah & tak punah. Tunjukkan keyakinan, kepercayaan & pamerkan ‘kematangan berfikir & bertindak’ semasa bersama keluarga sebelah pihak. Barulah nampak korang real…
5. Mencari Alternative Income / Extra Income
Maksudnya duit tambahan yang boleh dijadikan income ke-2. Nak harap jawatan & gaji korang untuk hidup sempurna & selesa…lambat bro. Cari peluang yang mudah, pantas & lumayan. Jangan salah pilih yea…Ada juga yang kerja part-time tapi income tak setimpal seperti 1 jam, RM4–RM7. Jangan terlibat dengan skim cepat kaya. Buatlah online bisnes ke jual produk ke contohnya jual susu diet ke, jualan setin boleh dapat RM36-52.
6. Bergaul Dengan Orang Berjaya/ Value
Keraplah bergaul dengan orang-orang berjaya atau yang bernilai tinggi. Ada juga orang kaya yang ‘tiada value’. Pilih mentor/idola yang betul. Korang perlu bercampur dengan mereka untuk mempelajari bagaimana cara mereka membina karier, menjana pendapatan lumayan, menguruskan kehidupan & menangani masalah-masalah sekitar.
7. Kerap Berbincang Buat Keputusan Bersama
Jangan sorokkan atau lindungi sebarang masalah daripada girlfriend dan boyfriend. Ambil ini sebagai “masalah bersama” untuk latihan mencari solution. Sekiranya couple korang dah buat silap seperti over-spent, over-look, misplace, mis-communications dan sebagainya, declare jer & berlatih berterus-terang. Sorang lagi pulak mestilah jadi ‘pendengar yang baik’ dan fahamkan situasi couple korang. Latihan ini penting. Jangan cepat emosi bila berdepan dengan masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan