Halaman

عينول مرضيه

Ku idamkan untuk menjadi seperti Ainul Mardhiah...tapi bisakah aku????



Siapa bidadari syurga?
  • Demikianlah (keadaannya), dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari (perempuan putih yg bundar matanya)- (Surah Al-Jaatsiyah: 54)
  • (Disamping)  mereka itu ada bidadari seperti mutiara yg tersimpan rapi- (Surah Al-Waaqi ah:22-23)
  • Sesungguhnya Kami adakan  (untuk mereka) bidadari-bidadari dgn suatu kejadian, lalu kami jadikan mereka itu tetap perawan, cinta kpd suaminya, sebaya umurnya. (Semuanya itu) utk golongan kanan- (Surah Al-Waaqi ah: 35-38)
  • Dlm syurga itu perempuan-perempuan yg pendek pemandangan (bukan bermata keranjang), mereka belum pernah disentuh oleh manusia dan jin sebelumnya-(Surah Ar-Rahman : 56)
  • Seolah-olah perempuan-perempuan itu permata yakut dan mutiara-(Surah Ar-Rahman: 58)
  • Didlm semuanya ada perempuan-perempuan yg baik akhlak dan cantik parasnya-(Surah Ar-Rahman :70)
  • Iaitu bidadari ( perempuan yg putih ) yg tertutup dlm khemah-(Surah Ar-Rahman: 72)
  • Mereka belum pernah disentuh oleh manusia dan jin sebelum mereka-(Surah Ar-Rahman:74 )
  • Mereka bersandar diatas bantal yg hijau warnanya dan permaidani yg cantik rupanya-( Surah Ar-Rahman: 76 )

Berapakah maskahwin bidadari syurga?
  • Maskahwin bidadari itu segenggam buah kurma dan sebelah roti- (Al-hadis)[1]

Kepada siapakah dikurniakan bidadari syurga ini?
  • Sabda Nabi S.a.w. bhwasanya seorang lelaki berkahwin di dalam sebulan yakni kadar masa sebulan 1000 hurul ain, isteri syurga, dan berdakap ia akan tiap-tiap seorang drp mereka itu kadar umurnya di dalam dunia[2].
  • Hai hamba Ku bg engkau tiap-tiap rakaat sembahyang fardhu itu mahligai didlm syurga dan bidadari.
  • Tiap sehari puasa dan sedekahnya pd bln Rejab seperti ibadat seribu haji dan umrah. Dibina 1000 mahligai, 1000 bilik dan 1000 bidadari, lebih cantik drp matahari 1000x, kerana keistimewaan bulan Rejab, bulan Allah- (Al-hadis)[1]
  • Tiada drp seorg hamba y berpuasa Ramadhan, diam tiada berkata y sia-sia dan drp y haram dan y makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan y dihalalkan Allah, mengharamkan y diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadhan, telah diampunkan bg nya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil dibinakan sebuah rumah y teramat indah didlm syurga drp permata zamrud, didlmnya drp yakut merah indah, didlm rangka permata itu (yakut) terdapat sebuah khemah, didlmnya terdapat bidadari (hurul ain isteri syurga ). Terhias dgn permata berchy indah y menerangkan bumi seluruhnya- (Al-hadis)[1]
  • Barangsiapa membaca ayat الكر سي  selepas wudhuk diberi akan dia oleh Allah pahala 40 orang alim dan diangkat bg nya 40 darjat dan dikahwin akan dia 40 bidadari- (Al-hadis)[2]
Siapakah y lebih …. bidadari syurga atau perempuan dunia?

Kata Bidadadari syurga..
  • kami org y kekal tiada fana selama-lamanya
  • kami org y halus kulit tiada kering kulit selama-lamanya
  • kami org y redha maka tiada kami marah selama-lamanya
  • kami org y bermukim tiada kami berpindah selama-lamanya
  • kami org y memakai tiada kami bertelanjang selama-lamanya
  • kami org y suka tiada menangis selama-lamanya
  • kami org y sihat tiada sakit selama-lamanya
  • bhgia lah barangsiapa ada dia bg kami dan kami bg nya

Kata Siti Aisyah R.a
Apabila berkata hurul ain akan perkataan itu menjawab akan mereka itu oleh perempuan ahli dunia dgn katanya
  • kamilah org y sembahyg dan kamu tiada sembahyg
  • kamilah org y puasa dan kamu tiada puasa
  • kami org y mengambil air sembahyg dan kamu tiada mengambil air sembahyg
  • kami org y memberi sedekah dan kamu tiada memberi sedekah

Bhwsanya segala perempuan y drp anak Adam drp perempuan ahli syurga terlebih baik drp hurul ain dgn 70 ganda yakni dgn sbb amal dan taat mereka itu dlm dunia- (Al-hadis)[2]

Sabda nabi S.a.w  bermula perempuan apabila solt ia y 5 waktu dan memberi zakat ia akan hartanya dan puasa pd bln Ramadhan dan haji ia pd rumah tuhannya dan taat akan suaminyadan memelihara farajnya drp kejahatan nescaya masuk ia akan syurga tuhannya drp mna pintu y dikehendakinya.[2]

Rujukan
[1 ]Budiman Rhodi, “Fadhilat Rejab Syaaban Ramadhan”, 20 Jan 1988
[2 ]Sheikh Ali Abd Rahman, “الجوهر الموهوب ومنبهات القلوب”



Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......Ainul Mardhiah bermula disini

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat  yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan  muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah Ainul Mardhiah... wanita itu menjawab ehh  tidakk... saya khadamnya Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke  satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata
...akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid  lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW... tapisekiranya dia  shahid barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka  (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam




Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih